No Events on The List at This Time
Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 5 Tahun 2005 telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT seperti berikut:
- Menganjurkan program promosi dan khidmat nasihat bersama Markas Perkhidmatan, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Pegawai Memerintah Pasukan/Unit.
- Memproses dan menyokong semua permohonan yang diterima daripada Markas Perkhidmatan dan dikembalikan untuk kelulusan.
- Mengendali dan mengurus semua aktiviti dan program Latihan Peralihan yang dilulus oleh JPPLP termasuk pembiayaan.
- Mengatur dan mengawal selia pelaksanaan Latihan Peralihan di Kompleks PERHEBAT atau di institusi latihan di luar PERHEBAT.
- Menentu pelaksanaan Latihan Peralihan mematuhi piawaian Jawatankuasa Penilaian dan Piawaian Latihan Peralihan serta selari dengan Konsep Latihan Kemahiran ATM.
- Menyedia laporan prestasi anggota kepada Markas Perkhidmatan.
- Menyedia statistik dan pangkalan data yang bersesuaian untuk pembangunan serta perancangan strategik Latihan Peralihan.
Perintah LTAT (Pindaan 2005) telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT seperti berikut:
- Menjalan dan menguruskan apa-apa bentuk aktiviti yang berhubungan dengan program-program latihan bagi personel bersara dan personel akan bersara.
- Mengadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi pelaksanaan program latihan.