Seksyen Kualiti dan Inovasi atau nama singkatannya SKI, adalah sebuah seksyen dibawah Bahagian Pentadbiran yang bertanggungjawab untuk menjaga standard MS ISO 9001:2015 dan memastikan Sistem Pengurusan Kualiti berjalan dengan cekap dan berkesan dalam PERHEBAT.
Antara peranan penting SKI adalah menjaga tadbir urus proses kualiti seperti menyemak dan memantau dasar dan objektif kualiti PERHEBAT, mengawasi pelaksanaan prosedur kualiti PERHEBAT dan memastikan keseluruhan organisasi mematuhi amalan terbaik. Selain itu, SKI juga berperanan berinteraksi dengan pihak berkepentingan luar seperti badan pensijilan ISO untuk memastikan perkhidmatan yang diberi mencapai standard yang telah ditetapkan.

Toggle Content goes here