• Latihan

    Aktiviti teras PERHEBAT adalah menyedia dan melaksana latihan dan kursus berkualiti tinggi yang memenuhi kehendak pelanggan dan industri selari dengan Dasar Latihannya. Di samping kursus latihan peralihan dan pasca latihan peralihan, PERHEBAT juga menyediakan modul-modul tambah-nilai dan nilai tambah kepada pelatih-pelatihnya untuk memberi lebih pengetahuan dan kemahiran kepada mereka supaya lebih berdaya saing.

  • Khidmat Nasihat

    PERHEBAT menyediakan khidmat nasihat kepada personel bersara dan personel akan bersara dari aspek pemilihan kursus, kerjaya, pengurusan kewangan peribadi serta membuat anjakan paradigma/tingkah laku untuk menyesuaikan diri daripada kehidupan ketenteraan kepada awam.

  • Promosi

    Peranan promosi sangat penting bagi memasar dan memperkasa jenama PERHEBAT. Kejayaan visi dan misi PERHEBAT sangat bergantung kepada kekuatan promosinya untuk menarik pelanggan hadir mengikuti kursus di PERHEBAT di samping mempromosi produk PERHEBAT kepada industri.

  • Pemantauan & Kawal Selia

    Aspek pemantauan dan kawal selia akan diberi penekanan untuk memastikan pelaksanaan latihan sama ada di kompleks PERHEBAT dan di institusi latihan luar yang dikenal pasti, dijalankan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh PERHEBAT. Turut diberi penekanan ialah mengumpul, menganalisis, mewujud dan memperkasakan pangkalan data pelatih untuk proses penambahbaikan berterusan.

  • Tenaga Kerja yang Kompeten

    PERHEBAT akan sentiasa memastikan warga kerjanya adalah berwibawa dengan menyediakan latihan secara berterusan untuk meningkatkan kekompetenan dan kerelevanannya.

  • Sokongan padu stakeholder

    Sokongan padu daripada Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) secara berterusan sangat diperlukan bagi menjayakan halatuju PERHEBAT.

  • Pengiktirafan persijilan

    PERHEBAT membuat penilaian secara berterusan untuk mempelbagaikan pengiktirafan persijilan bagi program latihannya dengan menjalin kerjasama dengan badan-badan pengiktirafan persijilan yang sesuai dan diiktiraf oleh industri dan pelanggannya.

  • Jaringan

    Memperkasa jaringan dengan stakeholder, pelanggan, industri, badan-badan pengiktirafan menjadi keutamaan PERHEBAT untuk memastikan latihan yang dilaksanakan selari dengan keperluan semasa. Hubungan antara jabatan dan cawangan perlu kemas untuk memastikan komunikasi dalaman berjalan lancar.