Pengenalan

Bahagian Komersial dan Konsultansi diwujudkan pada 15 Ogos 2018 bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penjanaan pendapatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dalam membiayai operasi PERHEBAT. Ini selaras dengan kelulusan Menteri Pertahanan melalui surat rujuk KP(IP) (S)/0005/3 Jil 21 bertarikh 12 April 2018.

Di antara fungsi Bahagian ini adalah merancang dan mengenalpasti peluang -peluang perniagaan. Perniagaan yang akan dijalankan adalah dari beberapa sektor iaitu perkhidmatan, produk dan latihan.

 Inisiatif  penjanaan kewangan PERHEBAT selari dengan hasrat pemegang taruh di mana PERHEBAT perlu menjana pendapatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana awam. Sasaran umum penjanaan yang ditetapkan adalah 20% dari keseluruhan kos operasi menjelang 2020. Buat masa kini, BKK telah mengenalpasti dua bidang perniagaan iaitu dalam bidang Automotif dan bidang Hiasan dalaman.

Carta Organisasi

Fungsi

  1. Merancang dan melaksana program pemasaran dan promosi
  2. Membangun dan memperkukuh jaringan dan kolaborasi perniagaan
  3. Mengukuh jenama produk perniagaan PERHEBAT
  4. Mengenalpasti kehendak dan keperluan pelanggan
  5. Memastikan harta intelek produk perniagaan PERHEBAT dilindungi
  6. Merancang dan melaksana kajian pemasaran
  7. Sebagai platform kepada usahawan veteran dan pelatih memajukan produk mereka.

HI STRONG

Histrong merupakan satu usahasama syarikat bumiputra bersama perhebat yang memfokuskan kepada rekaan dan hiasan dalaman berasaskan buloh (bamboo fibre) kepada pasaran veteran komersil dan juga kediaman awam tempatan. Ia juga sebuah syarikat yang memberi peluang pekerjaan kepada pelatih dan juga berkongsi kepakaran dalam hiasan dalaman dan binaan.

Histrong mengabungkan idea tersendiri serta mereliasasikan impian pelangan dengan kepakaran dalam penghasilan rekaan yang unik, kreatif dan inovatif.

Produk-produk yang digunakan adalah yang terkini di dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Hubungi PERHEBAT untuk;

  1. sebut harga hiasan dinding
  2. sebut harga hiasan siling
  3. perabot dan hiasan ruang tamu
  4.  perabot dan hiasan bilik tidur
  5. hiasan dan perabot ruang makan

Usahawan Spareparts Shop VERVX

VervX Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011 menawarkan produk automotif berkualiti tinggi pada harga borong. Produk VervX seperti minyak pelincir dan aditif telah melalui proses R&D dengan piawaian yang teliti bagi menjamin kualiti yang optimum. Selain itu, VervX juga merupakan wakil pengedar yang sah bagi produk automotive terkenal seperti Bosh, Denso dan lain-lain. Kini, syarikat VervX telah menjalinkan kolaborasi dengan 200 kelab permotoran di Malaysia.

Melalui program rakan niaga bersama PERHEBAT, syarikat VervX menawarkan peluang perniagaan alat ganti kenderaan (sparepart shop) kepada veteran ATM di seluruh Malaysia. Rangkaian kedai alat ganti ini dijangka dapat memenuhi permintaan lebih 50,000 ahli VervX.

Bagi memenuhi keperluan pembiayaan kos permulaan (set-up cost), PERHEBAT telah mengadakan kerjasama dengan Bank Muamalat yang bersetuju memberi skim pinjaman mudah kepada veteran ATM yang berminat menceburinya.

Sila hubungi PERHEBAT untuk menyertai sesi Taklimat Usahawan Spareparts Shop VervX.