No Events on The List at This Time
VETERANIAGA : INISIATIF KEUSAHAWANAN UNTUK VETERAN ATM
VETERANIAGA : INISIATIF KEUSAHAWANAN UNTUK VETERAN ATM
VETERANIAGA ialah program keusahawanan khusus untuk Veteran ATM yang berminat atau telah terlibat dalam perniagaan. Program ini dilaksanakan oleh Sektor Pembangunan Perniagaan & Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu.
Pelbagai peluang keusahawanan disediakan khusus untuk Veteran ATM dan juga orang awam antaranya;
- ROGER COFFEE
- ROGER CAFE
- ROGER LAUNDRY
- ROGER LAYPARK
- Ruang Niaga @ Stesen LRT Lembah Klang
Info lanjut layari https://linktr.ee/PERHEBAT
PERHEBATKAN SKIL, SERTAI KAMI!
Pelbagai kursus jangka pendek disediakan untuk agensi kerajaan, syarikat swasta & orang awam antaranya :
- Kursus Pertanian
- Kursus Masakan, Pastri dan Bakeri
- Kursus Juruteknik Bertauliah Sektor Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (CSTP)
- Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Bagi Pekerja Binaan (Green Card)
- Kursus Induksi Pentauliahan Pensijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM)
- Lain-lain kursus (customizable)
Info lanjut layari https://linktr.ee/PERHEBAT
RUANG NIAGA @ STESEN LRT LEMBAH KLANG : PROGRAM VETERANiaga
RUANG NIAGA @ STESEN LRT LEMBAH KLANG : PROGRAM VETERANiaga
PERHEBAT & PRASARANA menawarkan Ruang Niaga di stesen-stesen LRT terpilih di Lembah Klang khusus untuk Veteran ATM yang berminat menjalankan perniagaan di lokasi tumpuan orang awam. PROGRAM VETERANiaga adalah salah satu inisiatif di bawah Program Reskilling & Upskilling Veteran ATM (PRUV ATM)
Ruang Niaga :
- 21 STESEN LRT LEMBAH KLANG
Kelana Jaya Line | Sri Petaling Line | Ampang Line
- 145 RUANG NIAGA
Merangkumi Lot Kedai | Lot Gerai/Kiosk Jualan | Tapak Promosi | Tapak Foodtruck
- DISKAUN KHAS SEWAAN KHUSUS UNTUK VETERAN ATM
Kadar sewa paling berpatutan dalam pasaran ditawarkan khas untuk membantu Veteran ATM memasarkan produk/perkhidmatan sekaligus melonjakkan pendapatan.
SIAPA LAYAK MEMOHON ?
- Tawaran hanya kepada Veteran ATM
- Perniagaan berdaftar dengan SSM
- Bersedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
PERMOHONAN
Muat turun borang permohonan disini : https://rb.gy/jqr2lu
Hantarkan borang permohonan kepada alamat ini :
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh,
Peti Surat 65
47000 Sungai Buloh, Selangor
PERTANYAAN/INFO LANJUT
Hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan PERHEBAT :
012-642 5271 (Faizal)
012-350 0099 (Zulkifli)
019-292 3654 (Roszaida)
REBUT PELUANG INI SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!
Usahawan Spareparts Shop VERVX
VervX Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011 menawarkan produk automotif berkualiti tinggi pada harga borong. Produk VervX seperti minyak pelincir dan aditif telah melalui proses R&D dengan piawaian yang teliti bagi menjamin kualiti yang optimum. Selain itu, VervX juga merupakan wakil pengedar yang sah bagi produk automotive terkenal seperti Bosh, Denso dan lain-lain. Kini, syarikat VervX telah menjalinkan kolaborasi dengan 200 kelab permotoran di Malaysia.
Melalui program rakan niaga bersama PERHEBAT, syarikat VervX menawarkan peluang perniagaan alat ganti kenderaan (sparepart shop) kepada veteran ATM di seluruh Malaysia. Rangkaian kedai alat ganti ini dijangka dapat memenuhi permintaan lebih 50,000 ahli VervX.
Bagi memenuhi keperluan pembiayaan kos permulaan (set-up cost), PERHEBAT telah mengadakan kerjasama dengan Bank Muamalat yang bersetuju memberi skim pinjaman mudah kepada veteran ATM yang berminat menceburinya.
Sila hubungi PERHEBAT untuk menyertai sesi Taklimat Usahawan Spareparts Shop VervX.