No Events on The List at This Time
Kami berjanji untuk memastikan perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan :
- Menyedia dan mengedarkan Pekeliling Kursus kepada Pasukan-Pasukan Angkatan Tentera Malaysia dalam tempoh 12 bulan sebelum kursus bermula.
- Menyediakan 20% peruntukan tempat dalam kursus-kursus yang dilaksanakan di Kampus Induk dan PERHEBAT Negeri kepada personel bersara Angkatan Tentera Malaysia.
- Memastikan 100% kursus yang dirancang di Kampus Induk PERHEBAT dilaksanakan pada setiap tahun.
- Memastikan 100% pelatih lulus penilaian mengikut piawaian latihan yang ditetapkan.
- Memastikan pengurusan kewangan PERHEBAT dikendalikan mengikut Peraturan Kewangan semasa bagi mencapai tahap salah urus kewangan sifar (zero financial mismanagement)
- Memastikan prasarana dan semua keperluan latihan berfungsi pada tahap 100% serta selamat untuk digunakan.
- Memberi maklumbalas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari 5 hari bekerja.
- Memastikan prasarana ICT berfungsi pada tahap 100%.