Dengan segala hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian YBhg Dato’/tuan/puan berkaitan dengan tawaran program latihan seperti yang dinyatakan diatas.

  1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa PERHEBAT dengan kerjasama AZA Farms Sdn Bhd (AZA Farms) telah/akan menganjurkan Program Latihan Peralihan dalam bidang Penternakan Ruminan. Latihan/Kursus ini adalah ditawarkan kepada semua bakal pesara dan pesara tentera yang memenuhi syarat kelayakan sebagaimana ditetapkan.
  2. LATIHAN PERALIHAN
    • Kelayakan – Tidak ditetapkan.
    • Pangkat – Semua peringkat.
    • Tempoh Latihan – 6 bulan.
    • Jumlah Peserta – 20 ke 25 orang peserta.
    • TTP – Mengikut yang diluluskan oleh Perkhidmatan.
    • Maklumat Latihan – Seperti di Kembaran A.
    • Pelaksanaan – Dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman dari AZA Farms serta Penceramah Jemputan dari Kementerian Pertanian & Asas Tani dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kursus terbahagi kepada sesi teori (kuliah), latihamal (praktikal) dan lawatan lapangan.
    • Bahasa Pengantar – Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
    • Persijilan – Dikeluarkan oleh AZA Farms dengan pengiktirafan dari Kementerian Pertanian & Asas Tani dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
    • Penginapan/sajian – Urusan sendiri atau di tempatkan di Kem Batu 3, KLUANG, Johor sepanjang tempoh latihan.
    • Unit Tumpangan – Pasukan/Unit Tentera di kawasan Kluang, (untuk bakal pesara) Johor.
    • Tempat Kursus :
      • Tempat Kuliah : No. 4, Jalan Kg Baru, Taman Perkasa, KLUANG, Johor.
      • Tempat Kursus Latihamal : AZA Farms Sdn Bhd, Lot 14739, Jalan Padang Tembak, KLUANG, Johor.
    • Pengangkutan – tidak disediakan/urusan sendiri.
    • Jadual Kursus – 4 siri untuk setiap tahun. Pengambilan akan dibuat pada bulan Jan, April, Julai dan Okt
    • Pembiayaan Kursus – PERHEBAT akan membiayai yuran kursus.
    • Cara Memohon – Permohonan hendaklah menggunakan Kembaran A kepada PMAT Bil 5/2005. Sebagai Pendaftaran sementara sebelum permohonan mendapat kelulusan Markas Perkhidmatan, Borang  PERHEBAT 26 hendaklah digunakan.
    • Tarikh Tutup Permohonan – Semua permohonan hendaklah dimajukan ke Bahagian Pendaftar dan tarikh akhir penerimaan permohonan adalah seperti berikut :
      • Pengambilan Jan – 20 Dis
      • Pengambilan April -12 Mar
      • Pengambilan Julai -16 Jul
      • Pengambilan Okt – 10 Sept
    • Taraf Kesihatan – FE dan diakui oleh Pegawai Perubatan Pasukan.
    • Syarat-Syarat Khas :
      • bakal peserta hendaklah menunjukkan bukti pemilikan tanah samada pemilikan sendiri, keluarga (dengan kebenaran bertulis), pajakan atau tanah Kerajaan (TOL), dan
      • menunjukkan bukti mempunyai sumber kewangan (modal) yang mencukupi untuk memulakan aktiviti penternakan.
      • surat permohonan tajaan dari pemohon
  3. Pertanyaan – Sebarang pertanyaan/keterangan lanjut berkenaan dengan program ini boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat PERHEBAT di talian talipon 0361569412 Samb 524/535/223/275 atau dengan menghubungi Pejabat PERHEBAT Cawangan Negeri, Pejabat JHEV Negeri yang berhampiran atau layari www.perhebat.net.my.

KEMBARAN A

 

MAKLUMAT TERPERINCI BERKAITAN DENGAN KURSUS LATIHAN PERALIHAN DALAM BIDANG PENTERNAKAN RUMINAN DENGAN KERJASAMA AZA FARMS SDN BHD

OBJEKTIF KURSUS

Untuk memberi kemahiran dan pengetahuan di dalam bidang penternakan ruminan agar dapat menjadi usahawan komersial yang berjaya. Ianya juga di yakini berupaya membentuk peserta agar lebih berdikari dalam menjalankan penternakan dan perniagaan  tani dengan lebih produktif serta berdaya saing. Selain daripada itu kursus ini juga akan memberi pendedahan kepada teknik-teknik pengurusan ternakan, pemakanan, pemasaran dan kawalan kesihatan ternakan melalui latihan secara professional.

 

METODOLOGI KURSUS

Pelaksanaan kursus merangkumi latihan teori (40%) dan latihamal (60%) selama 6 bulan. Sesi teori dijalankan di bilik kuliah sementara sesi latihamal (praktikal) akan dilaksanakan ladang milik AZA Farms.termasuk lawatan lapangan di beberapa ladang ternakan. Selain daripada itu peserta kursus akan juga di dedahkan dengan ceramahceramah motivasi, perbincangan dan membuat perancangan projek ternakan.

Kandungan kursus adalah meliputi perkara-perkara berikut :

  1. Teknologi Penternakan Lembu Pedaging :
    • Pengenalan baka lembu pedaging.
    • Kaedah dan penjagaan lembu pedaging.
    • Lokasi dan prasana ladang lembu pedaging.
    • Makanan tambahan lembu pedaging.
    • Pengeluaran dan hasilan.
    • Sistem integrasi ternakan.
  2. Teknologi Penternakan Lembu Tenusu :
    • Kaedah pemeliharaan lembu tenusu.
    • Perusahaan tenusu di Malaysia.
    • Program pembasmian kuman kandang & peralatan tenusu.
    • Pemakanan lembu tenusu.
    • Penyakit lazim lembu.
    • Kandang dan sistem pemerahan.
    • Higin dan keselamatan susu.
    • Penyelenggaraan mesin dan peralatan tenusu.
  3. Kawalan dan Pencegahan Penyakit :
    • Sistem penternakan cekap dan sistematik.
    • Mengenalpasti dan membasmi etiologi penyakit.
    • Peningkatan daya tahan penyakit.
    • Prinsip-prinsip rawatan secara sistematik.
    • Rawatan dan pencegahan.
    • Pembasmian dan kawalan kuman.
    • Pemeriksaan klinikal.
    • Sistem rekod rawatan.
    • Program kesihatan dan kawalan penyakit.
    • Asas pemakanan.
  4. Teknologi Penternakan Kambing :
    • Pengenalan baka kambing.
    • Keadah pemeliharaan dan penjagaan kambing.
    • Tabiat semulajadi dan pemakanan kambing.
    • Pengurusan pembiakan kambing.
    • Program kesihatan dan kawalan kambing.
    • Lokasi dan prasana ladang kambing.
  5. Pengurusan Makanan :
    • Prinsip dan asas pemakanan ternakan.
    • Kepentingan nutrient dalam makanan.
    • Kualiti pastura dan foraj.
    • Kaedah penyimpanan pastura.
    • Makanan tambahan.
    • Prinsip pemberian makanan.
    • Sisa buangan hasilan pertanian.
    • Pengiraan rumusan makanan.
    • Keracunan makanan.
  6. Ekonomi dan Kewangan :
    • Pengenalan perakaunan.
    • Prinsip kredit dan akaun.
    • Catatan jurnal dan lejer.
    • Proses imbangan duga.
    • Penyata kewangan.
    • Pengenalan kepada ekonomi mikro dan makro.
    • Konsep hasil dan kos.
    • Pemasaran ternakan.
    • Penyediaan Kertas Cadangan Projek

Dengan segala hormatnya saya diarah menarik perhatian Dato’/tuan/puan berkaitan dengan tawaran program latihan peralihan di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa PERHEBAT dengan kerjasama Syarikat Harina Consultancy Services akan menganjurkan Program Latihan Dalam Bidang Perladangan. Kursus ini adalah ditawarkan kepada semua bakal dan bekas anggota ATM yang memenuhi syarat kelayakan sebagaimana ditetapkan.  Kursus ini akan diadakan di Harina Consultancy Services, CP 205 & 206, Batu Kawah New Township, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak.
  2. Kelayakan dan Jumlah peserta kursus
    • Kelayakan akademik.        Tiada kelayakan akademik yang ditetapkan.
    • Pangkat. Semua pangkat layak memohon
    • Jumlah peserta. Satu siri ialah seramai 10 hingga 30 orang.
    • Tarikh Tamat Perkhidmatan.      Mengikut yang diluluskan oleh Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat/Laut/Udara.
  3. Tempoh Kursus. Jangkamasa kursus ini adalah selama 6 bulan sepenuh masa untuk bakal-bakal pesara dan bekas tentera. 4 siri setahun akan diadakan seperti berikut :
    • a.         Siri Pertama – 9 Jan hingga 30 Jun
    • b.         Siri Kedua –  3 April hingga 30 Sept
    • c.         Siri Ketiga – 3 Julai hingga 31
    • d.         Siri Keempat  – 2 Oktober hingga 31 Mac
  4. Perlaksanaan Kursus. Program kursus ini akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dari Harina Consultancy Services sepenoh masa. Kursus ini terdiri dari Teori selama 4 bulan dan OJT selama 2 bulan. Penempatan industri akan diuruskan oleh pihak konsultan di sekitar negeri Sarawak dan pelatih akan menerima elaun sebanyak RM 15.00 sehari selama tempoh OJT. Bayaran tersebut akan diuruskan oleh pihak Konsultan. Kursus akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia. Sekiranya di dapati sesuai, Pelatih akan diserapkan bekerja di ladang ladang sekitar Sarawak dan Sabah.
  5. Persijilan . Sijil yang dikeluarkan oleh Konsultan diiktiraf oleh Incorporated Soceity of Planters. (ISP). ISP adalah sebuah badan yang bertanggung jawab mengenai industri Perladangan di Malaysia dan juga antarabangsa.
  6. Maklumat kursus.   Adalah seperti di Kembaran A.
  7. Penginapan, sajian dan pengangkutan. Urusan Sendiri.
  8. Cara memohon. Permohonan untuk mengikuti program ini adalah menggunakan Kembaran A Kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 6 Tahun 2000 (PMAT Bil.6/2000). Sebagai pendaftaran sementara sebelum permohonan diluluskan oleh Markas Perkhidmatan , Borang PERHEBAT 26 perlu digunakan.
  9. Tarikh Tutup Permohonan. Semua Permohonan yang layak mesti diterima oleh PERHEBAT sebelum tarikh tutup permohonan. Tarikh tutup permohonan bagi mengikuti program yang ditawarkan ini adalah seperti berikut :
    • a.         Pengambilah bulan Jan     – 31 Okt (tahun sebelumnya)
    • b.         Pengambilah bulan April    – 28 Feb
    • c.         Pengambilah bulan Julai               – 31 Mei
    • d.         Pengambilah bulan Okt      – 30 Ogos
  10. Bagi permohonan lewat diterima ianya masih boleh dipertimbangkan sekiranya masih terdapat kekosongan bagi kursus berkenaan.
  11. Taraf Kesihatan.     Semua pemohon hendaklah mempunyai darjah kesihatan FE dan diakui oleh Pegawai Perubatan pasukan.
  12. Pertanyaan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh diajukan melalui saluran berikut:
    • Ibupejabat PERHEBAT di Talian telefon 03-61569412 sambungan 524 En Asat bin Zaini dan  sambungan 223 Kapt(B) Ramlah
    • Pejabat PERHEBAT Cawangan Negeri Sarawak di talian 082-248713 atau Pejabat PERHEBAT Negeri yang berhampiran
    • Pejabat JHEV Negeri yang berhampiran

KEMBARAN A

MAKLUMAT TERPERINCI BERKAITAN DENGAN LATIHAN BERASASKAN PERLADANGAN ANJURAN PERHEBAT DENGAN KERJASAMA SYARIKAT HARINA CONSULTANCY SERVICES (HCS)

PENGENALAN

Harina Consultancy Services adalah sebuah Syarikat Veteren yang mempunyai fasilitas latihan, tenaga pengajar dan mempunyai jalinan kerja yang baik dengan syarikat-syarikat perladangan di Sarawak dan Sabah.  Ia juga telah beroperasi selama 6 tahun dan juga telah banyak melaksanakan program perladangan secara bersama dengan “Incorporated Society Of Planters” (ISP), Sarawak Skill Development Centre dan Sabah Skill & Technology Centre.

OBJEKTIF  KURSUS

Untuk memberi kemahiran serta peluang pekerjaan kepada bakal dan bekas  AT dalam bidang perladangan melalui kursus yang dihadiri oleh mereka dan dapat merealisasikan hasrat kerajaan membekalkan tenaga kerja mahir dari kalangan bakal dan bekas tentera dalam bidang perladangan. Syarikat ini melalui ‘net workingnya’, ISP memberi jaminan untuk mendapatkan pekerjaan kepada bakal dan bekas tentera melalui program yang dianjurkannya

SINOPSIS KURSUS

Kursus yang dilaksanakan oleh Harina Consultancy Services (HCS) adalah melalui syarahan di bilik kuliah selama 4 bulan  dan latihan praktikal di ladang juga selama 2 bulan. Tiada peperiksaan bagi peserta yang mengikuti latihan anjuran syarikat ini. Kursus akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia.

Senarai modul- modul adalah seperti berikut :

  1. Introduction to the Plantation Industry
  2. Managerial Skills
  3. Plant Science
  4. Soil Science
  5. Introduction to Plantation Practices
  6. Jungle Clearing
  7. Nursery Practices
  8. Land Preparation
  9. Establishing Cover Crops
  10. Weed Management
  11. Fertilizer Application
  12. Immature Field Maintenance
  13. Mature Field Maintenance
  14. Harvesting and Evacuation
  15. Transportation
  16. Field Maintenace
  17. Estate Engineering and Mechanisation
  18. Employee Welfare
  19. Basic Estate Safety and Health
  20. Estate Accounting and Computeration
  21. Industrial Relations
  22. Conclusion
  23. Practical Training

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil yang dikeluarkan adalah dari Harina Consultancy Services (HCS) dan Incorporated Society Of Planters (ISP) dan diiktiraf oleh Industry Peladang di Malaysia dan Antara bangsa.

PELUANG- PELUANG PEKERJAAN

Adalah dijangkakan kerajaan Sarawak akan membuka ladang kelapa sawit seluas 1.0 million hectar lagi sebelum 2010. Sebanyak 20 syarikat peladangan sedang beroperasi di Sarawak yang memerlukan seramai 6,560 pekerja dari tingkat Supervisor hingga ke tingkat Plantation Manager.