Senarai Kursus bagi Latihan Peralihan (LP)
Latihan Peralihan bertumpu kepada kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan
LATIHAN PERALIHAN
Latihan Peralihan (LP) merupakan satu program khas yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan agar mereka memperolehi suatu kemahiran dan pengalaman supaya dapat menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baharu selepas tamat perkhidmatan.
Pegawai berpangkatMejar setaraf dan ke atas, kelayakan adalah 3 bulan. Kapten setaraf dan ke bawah,kelayakan adalah 6 bulan. Bagi anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), tempoh Latihan Peralihan adalah di antara 6 hingga 18 bulan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Ketua Perkhidmatan.
Berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil. 5/2005, Latihan Peralihan terbahagi kepada 6 kategori :
40%
Kemahiran Generik / Kemahiran Insaniah
60%
Kemahiran Teras
Gabungan 60% kemahiran teras dan 40% kemahiran insaniah
membentuk asas latihan peralihan PERHEBAT yang seimbang antara kepakaran teknikal dan pembangunan sahsiah.