No Events on The List at This Time
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera berkuatkuasa mulai 30 Ogos 1994 dengan fungsi (Pindaan 2005):
- Menjalankan dan menguruskan program latihan bagi personel akan bersara dan personel bersara ATM
- Menawarkan kemudahan latihan dan mengawal selia pelaksanaan program latihan tersebut.
PERHEBAT juga tertakluk kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil. 5/2005 yang memperuntukkan tanggungjawab bagi mengurus pelaksanaan Latihan Peralihan kepada personel ATM yang akan bersara. Program Latihan Peralihan merupakan satu program khas yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan agar mereka memperolehi suatu kemahiran dan pengalaman supaya dapat menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baru selepas tamat perkhidmatan.
Sejajar dengan Perintah LTAT dan PMAT di atas, tumpuan aktiviti operasi PERHEBAT adalah seperti berikut:
1. Melaksanakan program-program latihan dan pendidikan kepada personel akan bersara dan personel bersara ATM di dalam bidang kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan yang dikenali sebagai Program Latihan Peralihan dan dilaksanakan dalam 3 kategori iaitu :
- Pra Latihan Peralihan
- Latihan Peralihan
- Pasca Latihan Peralihan
2. Mewujud dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada usaha untuk melaksana program latihan yang merangkumi;
- Memperkasakan kurikulum latihan selaras dengan keperluan pelanggan, pasaran kerja, kemajuan teknologi dan keperluan industri semasa (industry driven).
- Kepelbagaian pengiktirafan dalam dan luar negara.
- Memperkasakan tenaga pengajar.
- Meningkatkan prasarana latihan.
Tonton Video Korporat TEGUH BERSAMA, Mentransformasi Kerjaya Kedua Veteran di saluran YOUTUBE PERHEBAT