LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Lembaga Pengarah PERHEBAT secara dasarnya telah meluluskan penubuhan 4 Pusat Latihan di Kampus-Kampus Wilayah secara berperingkat di luar Kompleks PERHEBAT melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah PERHEBAT Bil. 53/1/2008 bertarikh 16 Mei 2008.

FUNGSI KAMPUS WILAYAH

  • Pengurusan dan pengendalian kursus-kursus kemahiran asas di kampus wilayah.
  • Pengurusan kursus-kursus kemahiran asas yang dilaksanakan penyedia latihan (training provider) di kampus wilayah.
  • Pengurusan dan pemantauan pelaksanaan kursus-kursus peningkatan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan di kampus wilayah.
  •  Penyeliaan dan pemantauan pelatih yang menjalani LP (semua kategori) di kampus  wilayah.
  •  Perancangan dan pelaksanaan program khidmat nasihat di kampus wilayah.

Buat masa ini 2 kampus wilayah telah beroperasi Kampus Wilayah Selatan dan Kampus Wilayah Sarawak/Sabah.

Kampus Wilayah Selatan

Mulai 1 Jan 2011  PERHEBAT Cawangan Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah dinaiktaraf sebagai Kampus Wilayah Selatan dan bertanggungjawab memberi perkhidmatan terhadap bakal pesara serta pesara tentera yang berada di seluruh negeri di Selatan Semenanjung meliputi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Dewasa ini Pengurus Kampus Wilayah Selatan adalah Mejar Roslan Md Sharif(Bersara) serta dibantu oleh seorang Pegawai Eksekutif dan 2 orang Pegawai Kerani. Kampus Wilayah Selatan  beroperasi  di :

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kampus Wilayah Selatan
Aras 1-A, Wisma Persekutuan
Jalan MITC, Hang Tuah Jaya
75450 AIR KEROH,
Melaka  

No Tel Pengurus Kampus   : 06 – 234 5913
No Tel Pejabat Am            : 06 – 234 5912
No Fax                             : 06 – 234 5911
E-mail                              : [email protected]

Bagi kemudahan perkhidmatan kepada  bakal pesara dan pesara tentera yang berpangkalan serta menetap di sekitar negeri Johor,  mereka masih boleh berurusan dengan wakil PERHEBAT Wilayah Selatan, Encik Supardi Kasdi selaku Pegawai Perhubungan serta dibantu oleh seorang Pembantu Rendah Am yang menumpang di premis JHEV Negeri Johor dengan  alamat seperti berikut:

Wakil PERHEBAT Wilayah Selatan
Bilik 4, Tingkat 9,
Bangunan KWSP, Jalan Dato’ Dalam
80000 JOHOR BAHRU
Johor

No Telefon : 07 – 2226005
No Fax      : 07 – 222 6352
E Mel        : [email protected]


Kampus Wilayah Sarawak/Sabah

Beroperasi di:

Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS)
Jalan Canna Off Jalan Wan Alwi
Tabuan Jaya
93350 Kuching
Sarawak