PROGRAM PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) ATAU RECOGNITION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING (RPEL)

Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) merupakan program kerjasama di antara PERHEBAT dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Program PPT Khas ini dilaksanakan untuk mengiktiraf pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh anggota dan veteran ATM serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh JPK.

Inisiatif ini memberi peluang kepada anggota ATM yang sedang berkhidmat dan veteran untuk meningkatkan pendidikan sehingga ke tahap Diploma Kemahiran Malaysia, seterusnya melonjakkan kebolehpasaran dan potensi untuk meningkatkan kerjaya.

Pengiktirafan pensijilan kemahiran adalah sehingga ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) secara Single Tier (ST) melalui penilaian amali dan pembentangan Laporan Pengalaman Ketrampilan Terdahulu (LPKT). PERHEBAT juga telah mendapat kelulusan pelaksanaan program RPEL ini untuk personel awam melalui kaedah penilaian amali mengikut tahap (MT).

Calon dibimbing oleh Pegawai Pembimbing (PPg) yang dilantik oleh PERHEBAT dalam menyediakan calon untuk penilaian amali dan pembentangan Laporan Pengalaman Ketrampilan Terdahulu (LPKT) yang merupakan 2 komponen utama penilaian bagi penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM). Penilaian dan verifikasi dilaksanakan oleh Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) daripada JPK.

Antara manfaat RPEL :
• RPEL menawarkan pensijilan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
• Calon berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bertaraf IPT
• Peningkatan kerjaya, kebolehpasaran & pendapatan
Daftar sekarang di pautan ini : bpa.mod.gov.my/myrpel
Info lanjut hubungi :
Bahagian Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Tel : 011 5889 7592 / 014-726 8126 / 03-6156 9412 ext. 1114/1112