No Events on The List at This Time
Apakah Latihan Peralihan?
Program khas yang disediakan Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan agar mereka memperolehi kemahiran dan pengalaman supaya dapat menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baru selepas tamat perkhidmatan (PMAT Bil. 5/2005).
Apakah yang dimaksudkan dengan Pra Latihan Peralihan, Latihan Peralihan & Pasca Latihan Peralihan?
Latihan Peralihan dilaksanakan dalam 3 fasa:
- Pra Latihan Peralihan
Latihan penyesuaian tidak melebihi 2 minggu dalam tempoh 24 bulan sebelum tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP). Kandungan program meliputi penetapan minda, pemilihan kerjaya kedua, psikologi persaraan dan pengurusan kewangan peribadi.
- Latihan Peralihan
Latihan kemahiran dan keusahawanan yang ditawarkan dalam 6 kategori iaitu Latihan di PERHEBAT, Latihan Vokasional dan Teknikal, Latihan Sambil Kerja, Latihan Pertanian dan Penternakan, Latihan Pengurusan dan Latihan Persendirian (PMAT Bil. 5/2005).
- Pasca Latihan Peralihan
Latihan jangka pendek khusus untuk veteran ATM bagi peningkatan atau kepelbagaian pengetahuan dan kemahiran yang diberikan berkaitan dengan kerjaya/bidang sedia ada atau bidang baharu.
Apakah syarat kelayakan asas untuk mengikuti Latihan Peralihan?
Anggota perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 9 tahun dalam perkhidmatan ATM dan diperakui.
Apakah faktor yang tidak melayakkan anggota untuk mengikuti latihan ini?
Anggota yang diberhentikan atas kes tatatertib, masalah kesihatan yang disahkan Pegawai Perubatan dan anggota yang menunggu/dalam proses perbicaraan mahkamah awam/tentera yang disabit kesalahan tatatertib.
Berapa lamakah tempoh Latihan Peralihan?
- 3 bulan bagi Pegawai berpangkat Mejar setaraf dan ke atas dengan kelulusan MAT.
- 6 bulan bagi Kapten setaraf dan ke bawah dengan kelulusan Ketua Perkhidmatan.
- 6, 12 & 18 bulan bagi Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berdasarkan kelayakan dan kelulusan Ketua Perkhidmatan.
Apakah skop kurikulum Latihan di PERHEBAT?
Kurikulum Latihan Peralihan di PERHEBAT meliputi bidang teknikal & vokasional (TVET) dan keusahawanan yang dilengkapi dengan Kemahiran Insaniah berteraskan kemahiran sosial & nilai keusahawanan.
Apakah kursus-kursus yang ditawarkan menerusi Latihan di PERHEBAT?
Kursus yang disediakan meliputi 5 pengajian utama iaitu Keusahawanan, Perkhidmatan, Mekanikal & Elektrikal, Binaan dan Automotif. Untuk senarai penuh, layari www.perhebat.com.my/senaraikursus
Berapakah siri pengambilan latihan diadakan?
4 siri pengambilan iaitu pada Januari, April, Julai & Oktober setiap tahun.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan Latihan Peralihan?
- Kembaran A – Permohonan mengikuti Latihan Peralihan (PMAT Bil.5/2005)
- Lampiran 1 – Latihan di PERHEBAT
- Lampiran 6 – Sijil Penerimaan
- Salinan BAT D 45/55
- Surat sokongan penempatan kerjaya daripada agensi kerajaan/swasta
Bagaimanakah prosedur permohonan latihan?