PELAN TRANSFORMASI PERHEBATPEMACU KELESTARIAN EKONOMI PERWIRA NEGARA2026-2035Menggariskan langkah strategik dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan
secara komprehensif secara berfasa bagi tempoh 2026 - 2035 dan seiring
dengan dasar ekonomi kerajaan Malaysia Madani bermula dengan Rancangan
Malaysia Ke-13 (RMK13) hingga ke RMK14
Laman Utama
PELAN TRANSFORMASI PERHEBAT2026-2035PEMACU KELESTARIAN EKONOMI PERWIRA NEGARAMenggariskan langkah strategik dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan
secara komprehensif secara berfasa bagi tempoh 2026 - 2035 dan seiring
dengan dasar ekonomi kerajaan Malaysia Madani bermula dengan
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) hingga ke RMK14
Menggariskan langkah strategik dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan secara komprehensif
secara berfasa bagi tempoh 2026 - 2035 dan seiring dengan dasar ekonomi kerajaan Malaysia
Madani bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) hingga ke RMK14
4 TERAS STRATEGIK3 FASA TRANSFORMASIAkses Latihan dan Ekosistem DigitalDasar, Polisi dan ProduktivitiPembangunan Ekonomi KomunitiHab Pasaran KerjayaPELAN TRANSFORMASI PERHEBATFASA 1 (2026 - 2029)
Pembangunan kapasiti dan
pengukuhan dasar
FASA 2 (2030- 2032)
Pengkomersialan dan
pemerkasaan industri nilai tinggi
FASA 3 (2033 - 2035)
Keunggulan dan kelestarian
PERHEBAT
Laman Utama
3 FASA TRANSFORMASIPELAN TRANSFORMASI PERHEBAT2026-2035PEMACU KELESTARIAN EKONOMI PERWIRA NEGARAMenggariskan langkah strategik dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan secara komprehensif
secara berfasa bagi tempoh 2026 - 2035 dan seiring dengan dasar ekonomi kerajaan Malaysia
Madani bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) hingga ke RMK14
FASA 1 (2026 - 2029)
Pembangunan kapasiti dan
pengukuhan dasar
FASA 2 (2030- 2032)
Pengkomersialan dan
pemerkasaan industri nilai tinggi
FASA 3 (2033 - 2035)
Keunggulan dan kelestarian
PERHEBAT

TERAS 2 – PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI MAMPAN

Sebagai pusat yang menyediakan latihan dalam bidang keusahawanan, PERHEBAT terus berusaha untuk menambahbaik potensi dalam membentuk kumpulan usahawan berjaya di kalangan veteran ATM.

Usaha ini dijalankan melalui pelan transformasi PERHEBAT yang bertujuan membentuk usahawan berkelompok yang mampan dengan kerjasama strategik bersama universiti awam untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), agensi kerajaan, serta syarikat induk dari sektor awam dan swasta. Pendekatan ini diharapkan dapat menjana ekonomi komuniti yang kukuh dengan jaminan belian semula hasil yang dikeluarkan oleh usahawan veteran.

Penjanaan ekonomi komuniti yang diterajui oleh PERHEBAT mempunyai potensi besar terutamanya dalam sektor ekonomi utama negara seperti agrikultur dan keterjaminan makanan, akuakultur serta penternakan.

Di samping itu, program latihan keusahawanan PERHEBAT menyediakan peluang praktikal kepada veteran ATM untuk terlibat secara aktif dalam perniagaan melalui bimbingan dan kursus seperti pertanian, pengurusan makanan dan kemahiran teknikal lain. Usahawan veteran ATM turut mendapat manfaat daripada program bimbingan usahawan dan peruncitan, serta akses kepada Skim Sokongan dan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar yang membantu mereka melebarkan perniagaan masing-masing

Strategi Tindakan

Dengan pendekatan holistik ini, PERHEBAT bukan sahaja membantu veteran ATM untuk berdikari, tetapi juga menyumbang dalam memajukan ekonomi komuniti melalui penjanaan pendapatan yang mampan. Implementasi kerjasama pelbagai pihak dan penekanan terhadap pembangunan dalam sektor-sektor utama ini akan memastikan program keusahawanan yang dijalankan oleh veteran ATM terus relevan, berdaya saing dan memberi impak positif kepada ekonomi nasional.

Melalui inisiatif ini, PERHEBAT terus melangkah ke hadapan dalam memastikan veteran ATM bukan sahaja menjadi wira di medan peperangan, tetapi juga wira dalam bidang keusahawanan dan pembangunan ekonomi negara

HEBAT E-Co

Program Hebat E-Co merupakan satu inisiatif baharu yang dirangka khusus untuk membantu veteran ATM dalam pembangunan ekonomi secara berkelompok, khususnya dalam sektor Agrikultur dan Keterjaminan Makanan, penternakan serta akuakultur. Inisiatif ini bertujuan mewujudkan usahawan pertanian dan penternakan dalam skala yang lebih besar termasuk aspek pelaburan strategik yang berterusan.

Untuk memastikan keberhasilan program ini, PERHEBAT menjalin kerjasama erat dengan syarikat induk yang menyediakan bekalan permulaan seperti benih pokok, ternakan serta kemudahan kos awal bagi veteran terlibat. Syarikat induk turut memberi jaminan belian semula hasil pengeluaran, sekaligus menjamin kesinambungan dan kestabilan ekonomi kepada kumpulan veteran yang terlibat.

Melalui pendekatan berinovasi dan bersepadu ini, Program Hebat E-Co diharapkan mampu membina ekonomi komuniti yang mampan, meningkatkan pendapatan veteran ATM, serta menjana pertumbuhan sektor ekonomi utama negara. Program ini juga menjadi contoh penting kerjasama antara agensi kerajaan, syarikat korporat dan komuniti veteran dalam usaha memperkukuh daya tahan sosioekonomi selepas persaraan.

X