PELAN TRANSFORMASI PERHEBATPEMACU KELESTARIAN EKONOMI PERWIRA NEGARA2026-2035Menggariskan langkah strategik dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan
secara komprehensif secara berfasa bagi tempoh 2026 - 2035 dan seiring
dengan dasar ekonomi kerajaan Malaysia Madani bermula dengan Rancangan
Malaysia Ke-13 (RMK13) hingga ke RMK14
Laman Utama
PELAN TRANSFORMASI PERHEBAT2026-2035PEMACU KELESTARIAN EKONOMI PERWIRA NEGARAMenggariskan langkah strategik dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan
secara komprehensif secara berfasa bagi tempoh 2026 - 2035 dan seiring
dengan dasar ekonomi kerajaan Malaysia Madani bermula dengan
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) hingga ke RMK14
Menggariskan langkah strategik dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan secara komprehensif
secara berfasa bagi tempoh 2026 - 2035 dan seiring dengan dasar ekonomi kerajaan Malaysia
Madani bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) hingga ke RMK14
4 TERAS STRATEGIK3 FASA TRANSFORMASIAkses Latihan dan Ekosistem DigitalDasar, Polisi dan ProduktivitiPembangunan Ekonomi KomunitiHab Pasaran KerjayaPELAN TRANSFORMASI PERHEBATFASA 1 (2026 - 2029)
Pembangunan kapasiti dan
pengukuhan dasar
FASA 2 (2030- 2032)
Pengkomersialan dan
pemerkasaan industri nilai tinggi
FASA 3 (2033 - 2035)
Keunggulan dan kelestarian
PERHEBAT
Laman Utama
3 FASA TRANSFORMASIPELAN TRANSFORMASI PERHEBAT2026-2035PEMACU KELESTARIAN EKONOMI PERWIRA NEGARAMenggariskan langkah strategik dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan secara komprehensif
secara berfasa bagi tempoh 2026 - 2035 dan seiring dengan dasar ekonomi kerajaan Malaysia
Madani bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) hingga ke RMK14
FASA 1 (2026 - 2029)
Pembangunan kapasiti dan
pengukuhan dasar
FASA 2 (2030- 2032)
Pengkomersialan dan
pemerkasaan industri nilai tinggi
FASA 3 (2033 - 2035)
Keunggulan dan kelestarian
PERHEBAT

TERAS 1 – LONJAKAN PASARAN KERJAYA

Fokus terutamanya dalam memaksimakan peluang veteran ATM dalam pasaran kerjaya. Faktor positif dalam prestasi pasaran kerjaya di Malaysia dengan trajektori ekonomi Malaysia Madani yang stabil dengan unjuran KDNK antara 4.5% hingga 5.5%.

Permintaan dalam buruh di Malaysia terus menggalakkan pada suku kedua 2025, mencatatkan 9.10 juta jawatan, yang merupakan peningkatan 1.6% berbanding tempoh sama tahun lalu, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Sektor pekerjaan utama di Malaysia terdiri dari sektor ekonomi berikut:

1Teknologi Maklumat
2Pendidikan
3Kesihatan
4Perkhidmatan
5Pembuatan
6Pertanian & Industri Asas Tani

Inisiatif Penjajaran Pasaran Kerjaya PERHEBAT mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang setara disokong dengan keupayaan yang dibentuk melalui Program Work-Based Learning (WBL) oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

Strategi Tindakan

KERJAYA KEDUA PERWIRA

Langkah awal pelaksanaan Strategi 1 telah digerakkan oleh PERHEBAT melalui pelaksanaan Program Kerjaya Kedua Perwira. Sepanjang tahun 2025, PERHEBAT telah memeterai pelbagai bentuk kerjasama strategik dengan hampir 50 agensi merentasi pelbagai sektor industri. Usaha ini merupakan antara langkah proaktif dalam merealisasikan Fasa 1 Pelan Transformasi PERHEBAT, yang menyasarkan jalinan kerjasama dengan 200 agensi serta pembukaan lebih 3,000 peluang pekerjaan bagi memperkasa kebolehpasaran pelatih dan veteran ATM.

Seiring dengan itu, PERHEBAT turut memperkukuh jaringan kolaborasi dengan pelbagai rakan strategik merangkumi sektor industri, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan pertubuhan berkaitan. Inisiatif ini bukan sahaja memperluas peluang latihan dan penempatan pekerjaan, malah turut memperkukuh kedudukan PERHEBAT sebagai peneraju dalam pembangunan modal insan veteran ATM yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan kalis masa hadapan

Antara kerjasama yang telah dibangunkan baru-baru ini adalah seperti berikut :

ProgramOutput
Usahasama PERHEBAT dan Weststar Aviation GroupTawaran penempatan latihan dengan peluang diserap bekerja bagi pelatih yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) helikopter, dengan tawaran gaji yang kompetitif.
Kerjasama PERHEBAT dengan Base Maintenance Malaysia Sdn BhdTawaran penempatan latihan dengan peluang diserap bekerja bagi pelatih yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat. Tawaran gaji yang kompetitif diberikan kepada mereka yang terpilih untuk diambil bekerja.
Kolaborasi strategik PERHEBAT, UCYP, University, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction ECRL Sdn BhdTajaan pembiayaan latihan diberikan kepada pelatih dan Veteran ATM, khususnya anak-anak Pahang, bagi mengikuti Program Latihan Persediaan sebagai kakitangan Projek ECRL di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC).
Inisiatif khas PERHEBAT dan HRDCorpMelalui inisiatif khas yang dibangunkan, seramai 1,000 pelatih dijangka menerima manfaat tajaan pembiayaan, termasuk dalam bidang kalis masa hadapan yang dapat meningkatkan kebolehpasaran dan peluang pekerjaan mereka selepas menamatkan perkhidmatan.
Kolaborasi Strategik Kulim Advanced Technologies Sdn. BhdProgram Train and Place, di mana peserta menjalani latihan di Kulim Advanced Technologies Sdn. Bhd untuk diserap bekerja dengan syarikat-syarikat yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Kerjasama dengan American Malaysian Chamber Of Commerce (AMCHAM Malaysia)Jalinan kerjasama ini membuka peluang kepada PERHEBAT untuk meneroka penempatan pelatih di syarikat-syarikat yang bernaung di bawah AMCHAM Malaysia, sekali gus memberi ruang kepada mereka untuk diserap bekerja dalam industri.
Kulim Industrial Tenants Association (KITA)Melalui kerjasama ini, KITA berperanan sebagai platform penyelarasan dengan syarikat-syarikat beroperasi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) bagi menyediakan peluang latihan industri, program Train and Place, serta penempatan pekerjaan kepada pelatih dan veteran ATM.

PERHEBAT juga membangunkan kapasiti dan memperkukuh hubungan industri melalui usahasama strategik dengan Kumpulan LTAT, agensi kerajaan, syarikat swasta dan firma perbankan bagi membuka peluang kepada veteran ATM dan program pembangunan modal insan.

X