Print Friendly, PDF & Email

Berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini Mesyuarat Khas Pengurusan PERHEBAT pada 3hb Oktober 2020 telah bersetuju untuk menangguhkan pendaftaran /melapor diri secara fizikal/bersemuka kemasukan pelatih bagi sesi Oktober 2020 (04/2020) ke Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh sehingga penularan wabak COVID-19 terkawal dan bergantung kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM dari semasa ke semasa.

Namun demikian, semua pelatih baru dikehendaki untuk melaksanakan pendaftaran kursus secara dalam talian pada 6hb, 7hb dan 8hb Oktober 2020 mengikut bidang kursus masing-masing seperti yang tertera di dalam Jadual di bawah.

Kesemua bakal pelatih PERHEBAT Sesi Oktober 2020 (04/2020) perlu mematuhi jadual pendaftaran bagi melancarkan proses Pendaftaran Kursus Berjadual Secara Dalam Talian ini.

Link Pendaftaran Online : https://tinyurl.com/DAFTAROKT20

Sekian, Terima Kasih.  Harap Maklum

PERHEBAT