LATIHAN PERALIHAN 

Latihan Peralihan (LP) merupakan satu program khas yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan agar mereka memperolehi suatu kemahiran dan pengalaman supaya dapat menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baharu selepas tamat perkhidmatan.

Latihan Peralihan bertumpu kepada kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan melibatkan 3 fasa iaitu :

  1. Pra Latihan Peralihan
  2. Latihan Peralihan
  3. Pasca Latihan Peralihan

LP menjurus kepada latihan kemahiran dan keusahawanan yang dilaksanakan dalam tempoh di antara 3 hingga 18 bulan mengikut kelayakan anggota ATM. Berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil. 5/2005, Latihan Peralihan terbahagi kepada 6 kategori :

  1. Latihan di PERHEBAT
  2. Latihan Teknikal dan Vokasional
  3. Latihan Pertanian dan Penternakan
  4. Latihan Sambil Kerja
  5. Latihan Pengurusan
  6. Latihan Persendirian