Pengenalan

Bahagian Komersial dan Konsultansi diwujudkan pada 15 Ogos 2018 bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penjanaan pendapatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dalam membiayai operasi PERHEBAT. Ini selaras dengan kelulusan Menteri Pertahanan melalui surat rujuk KP(IP) (S)/0005/3 Jil 21 bertarikh 12 April 2018.

Di antara fungsi Bahagian ini adalah untuk merancang dan mengenalpasti peluang -peluang perniagaan. Perniagaan yang akan dijalankan adalah dari beberapa sektor iaitu perkhidmatan, produk dan latihan.

 Inisiatif  penjanaan kewangan PERHEBAT selari dengan hasrat pemegang taruh di mana PERHEBAT perlu menjana pendapatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana awam. Sasaran umum penjanaan yang ditetapkan adalah 20% dari keseluruhan kos operasi menjelang 2020. Buat masa kini, BKK telah mengenalpasti dua bidang perniagaan iaitu dalam bidang Automotif dan bidang Hiasan dalaman.

Carta Organisasi Bahagian Komersial dan Konsultansi

Fungsi Unit


DECOMY EHOME

Decomy Ehome merupakan  satu syarikat perniagaan veteran yang mengfokuskan rekaan hiasan dalaman yang berkualiti tinggi kepada pasaran komersil dan juga kediaman awam tempatan.  Ia merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam hiasan dalaman dan binaan.

Decomy Ehome menggabungkan idea serta impian para pelanggan dengan kepakaran dalaman bagi menghasilkan rekaan yang unik, kreatif dan inovatif. Produk-produk yang digunakan adalah yang terkini di pasaran yang mampu memberi kepuasan kepada pelanggan.

Syarikat ini  juga bersedia untuk memberi perkhidmatan bengkel atau kursus bagi yang berminat untuk mendalami bidang ini. Kursus hiasan dalaman akan dilaksanakan secara berperingkat.

Hubungi PERHEBAT untuk:

  • Membeli hiasan dinding rumah
  • Menaik taraf bilik mandi
  • Menukar langsir baru
  • Memasang acrylic ceiling dome
  • Memasang clapboard wall
  • Memasang laminated board

Usahawan Spareparts Shop VERVX

VervX Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011 menawarkan produk automotif berkualiti tinggi pada harga borong. Produk VervX seperti minyak pelincir dan aditif telah melalui proses R&D dengan piawaian yang teliti bagi menjamin kualiti yang optimum. Selain itu, VervX juga merupakan wakil pengedar yang sah bagi produk automotive terkenal seperti Bosh, Denso dan lain-lain. Kini, syarikat VervX telah menjalinkan kolaborasi dengan 200 kelab permotoran di Malaysia.

Melalui program rakan niaga bersama PERHEBAT, syarikat VervX menawarkan peluang perniagaan alat ganti kenderaan (sparepart shop) kepada veteran ATM di seluruh Malaysia. Rangkaian kedai alat ganti ini dijangka dapat memenuhi permintaan lebih 50,000 ahli VervX.

Bagi memenuhi keperluan pembiayaan kos permulaan (set-up cost), PERHEBAT telah mengadakan kerjasama dengan Bank Muamalat yang bersetuju memberi skim pinjaman mudah kepada veteran ATM yang berminat menceburinya.

Sila hubungi PERHEBAT untuk menyertai sesi Taklimat Usahawan Spareparts Shop VervX.