PROGRAM RESKILLING & UPSKILLING VETERAN ATM (PRUV ATM)

PROGRAM RESKILLING & UPSKILLING VETERAN ATM (PRUV ATM) ialah Program Bimbingan untuk Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula khusus untuk Veteran ATM yang merupakan inisiatif Kerajaan melalui PERHEBAT. Program yang dilaksana ini di bawah peruntukan Belanjawan 2021 dengan pemantauan oleh LAKSANA, Kementerian Kewangan Malaysia. PRUV ATM memberi fokus terhadap pembelaan sosioekonomi Veteran ATM yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

PRUV ATM menyediakan 4 program bimbingan iaitu Bimbingan Kerjaya Bermajikan, Latihan & Kursus Jangka Pendek, Bimbingan Teknikal, Pertanian & Penternakan dan Bimbingan Usahawan & Peruncitan.

Veteran ATM yang berminat untuk menyertai program PRUV ATM boleh hubungi :
Seksyen Pasca Latihan Peralihan & Bimbingan Kerjaya Kedua
Tel : 017-671 4821
         03-6156 9412 (samb. 1118 / 1117 / 1180)

Tonton Video   PRUV ATM, Teguh Berikhtiar  di saluran YOUTUBE PERHEBAT