PRA LATIHAN  PERALIHAN (PRA LP)

Latihan penyesuaian berkaitan Latihan Peralihan yang tempohnya tidak melebihi 2 minggu yang boleh diikuti oleh anggota ATM dalam tempoh 24 bulan sebelum tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP).

Pengisian Modul Pra LP antaranya merangkumi; Dokumentasi Latihan Peralihan, Penetapan Minda dan Mengenalpasti Peluang Kerjaya serta Pengurusan Kewangan Persaraan.

Pengisian Modul Pra Persaraan Pegawai seperti Dokumentasi Persaraan Pegawai, Penggajian dan Percukaian, Pengurusan Kewangan Persaraan, Gaya Hidup Sihat Persaraan, Psikologi Persaraan dan Peluang Perniagaan.