DASAR LATIHAN

Dasar Latihan diwujudkan sebagai sumber dan garis panduan dalam pengurusan pelaksanaan Sistem Latihan PERHEBAT serta membantu dan menyelaras Pembangunan dan Pengiktirafan Modal Insan Anggota ATM.

TAKRIFAN

Takrifan berikut digunakan dalam Dasar Latihan ini:

  1. “SISTEM LATIHAN” bermaksud proses pengurusan dan pelaksanaan latihan peralihan, yang merangkumi Pra Latihan Peralihan, Latihan Peralihan, Pasca Latihan Peralihan bagi memberi keterampilan yang diperlukan mengikut piawaian yang ditetapkan.
  2.  “LATIHAN PERALIHAN” bermaksud latihan kemahiran dan keusahawanan yang dilaksanakan dalam tempoh di antara 3 hingga 18 bulan mengikut kelayakan anggota ATM.
  3.  “PRA LATIHAN PERALIHAN” bermaksud latihan penyesuaian berkaitan Latihan Peralihan yang tempohnya tidak melebihi 2 minggu yang boleh diikuti oleh anggota ATM dalam tempoh 24 bulan sebelum tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP).
  4.  “PASCA LATIHAN” bermaksud latihan berterusan untuk peningkatan atau kepelbagaian pengetahuan dan kemahiran yang diberikan berkaitan dengan kerjaya/bidang sedia ada atau bidang baru mengikut keperluan Veteran ATM.
  5.  “KETERAMPILAN” bermaksud kebolehan melaksanakan sesuatu tugas melalui tahap pengetahuan, kemahiran, pengalaman kerja dan sikap yang positif mengikut piawaian yang ditetapkan.
  6.  “NILAI TAMBAH” bermaksud modul tambahan yang dilaksanakan sama ada dalam atau luar bidang bagi memantap dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran.
  7.  “PENGIKTIRAFAN” bermaksud pentauliahan dan perakuan pensijilan melalui badan pentauliahan nasional dan antarabangsa.
  8.  “KURIKULUM” bermaksud kandungan modul kursus dan gabungan aktiviti pendidikan yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran yang dirancang meliputi matlamat, objektif dan hasil pembelajaran. (rujukan: PK(O) 20: Prosedur Kualiti – Pembangunan Kurikulum).
  9.  “LATIHAN DALAM INDUSTRI” bermaksud penempatan pelatih di industri bagi tujuan pendedahan kerja sebenar dan teknologi terkini untuk memantap kemahiran yang mereka perolehi semasa latihan.
  10.  “SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)” membawa maksud suatu kaedah latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu di syarikat yang merangkumi 70% daripada keseluruhan latihan dan di pusat latihan SLDN yang merangkumi 30% daripada keseluruhan latihan (Rujukan: JPK (2011), Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui SLDN).
  11.  “PUSAT LATIHAN SLDN” membawa maksud mana-mana penyedia latihan kemahiran yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah JPK untuk menjalankan suatu program bertauliah melalui kaedah SLDN (Rujukan: JPK (2011), Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui SLDN).
  12.  “SINGLE TIER” kaedah pensijilan yang melibatkan pelaksanaan kombinasi dua atau lebih program bertauliah sehingga tahap pensijilan yang tertinggi dalam laluan program tersebut (Rujukan: JPK (2013), Pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Secara Persijilan Tahap Tunggal (Single Tier).
  13.  “PERSONEL LATIHAN” membawa maksud mana- mana staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pelaksanaan latihan.
  14.  “KURSUS KHAS” membawa maksud kursus yang dilaksanakan oleh PERHEBAT bagi memantap dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengiktirafan pelatih melalui kaedah yang telah ditetapkan.
  15.  “RECOGNITION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING” membawa maksud satu kaedah penilaian terhadap pekerja mahir untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan semasa dalam bidang kemahiran tertentu berdasarkan pencapaian terdahulu berpandukan National Occupational Skills Standard (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  16.  “PROGRAM LATIHAN DUAL PERHEBAT (PLDP)” bermaksud program latihan yang dilaksanakan melalui usahasama antara syarikat / industri di mana sekurang-kurangnya 80% pembelajaran dilaksanakan di industri dan 20% dilaksanakan oleh PERHEBAT.

TERAS DASAR LATIHAN

Latihan ini adalah berteraskan:

  1. Melaksanakan pelbagai kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran terkini berdasarkan kaedah Andragogi.
  2. Memperkasakan sistem Latihan Peralihan.
  3. Memperkasakan kurikulum latihan selaras dengan keperluan industri, pelanggan, pasaran kerja dan kemajuan teknologi industri (industry driven).
  4. Mempelbagai pengiktirafan nasional dan antarabangsa.
  5. Meningkatkan kompetensi tenaga pengajar mengikut teknologi semasa.
  6. Meningkatkan prasarana latihan.

STRATEGI PELAKSANAAN DASAR LATIHAN

Strategi Pelaksanaan Dasar Latihan memberi fokus kepada perkara berikut:

  1. KEMAHIRAN ASAS
  2. Tempoh Kursus 6, 12 atau 18 Bulan
  3. Komponen:Kemahiran pelbagai bidang

–  Keusahawanan

–  Nilai Tambah

–  Latihan Dalam Industri (LDI)

  1. Kumpulan Sasar:
    – Kapten dan Lain-lain Pangkat (LLP)
  2. b) Tempoh Kursus 3 Bulan
  3. Komponen:

–  Latihan menjurus kepada pengurusan/keusahawanan

–  Nilai Tambah

  1. Kumpulan Sasar:

– Pegawai berpangkat Mejar dan ke atas

  1. PENINGKATAN KEMAHIRAN

Meningkatkan kemahiran sedia ada kepada tahap yang lebih tinggi atau mendapat pengiktirafan:

  1. ensijilan dan Pengiktirafan daripada badan pentauliahan.
  2. Kumpulan Sasar:
    Anggota ATM, Anggota ATM dengan Tred (Tradesman) dan Veteran ATM.
  3. Komponen:
    Pra syarat: Memiliki sijil atau sebarang dokumen yang menyokong pembuktian kemahiran.

–  Tahap kemahiran yang lebih tinggi

–  Nilai Tambah

–  Latihan Dalam Industri (LDI)

  1. KEUSAHAWANAN

Untuk membimbing dan menggalakkan personel akan bersara dan personel bersara ATM menceburi bidang keusahawanan berteraskan kepada Pendidikan dan Latihan keusahawanan termasuk kemahiran berteraskan keusahawanan (Skill Based Entrepreneurship). Di antara ciri-ciri Pendidikan keusahawanan yang diterapkan adalah konsep penjanaan idea, perancangan perniagaan, pengetahuan amali / praktikal / Latihan berasaskan pengalaman, berorientasikan pelatih, pembinaan jaringan, ‘role model’ dan bimbingan.

  1. a) Kursus 6 Bulan
  2. Komponen

–  Teori termasuk motivasi dan galakan keusahawanan

  • Hands on pendedahan aktiviti keusahawanan termasuk sharing session dengan usahawan veteran (role model), jaringan perniagaan, sokongan dan khidmat nasihat perniagaan.
  • –  Latihan Dalam Industri (LDI)
  1. KAWAL SELIA
  2. Memastikan:
    1. Pelaksanaan latihan mematuhi piawaian
    2. Tempat latihan bersesuaian
  • Pelatih mematuhi peraturan
  1. Jaringan industri dilaksanakan
  2. Kategori:
  1. Latihan di Kompleks PERHEBAT
  2. Latihan Teknikal dan Vokasional
  • Latihan Sambil Kerja
  1. Latihan Pertanian dan Penternakan
  2. Latihan Pengurusan
  3. Latihan Persendirian
  4. PELAKSANAAN DASAR LATIHAN

Pelaksanaan Dasar Latihan PERHEBAT adalah seperti dibawah:

5.1  Penggubalan Kursus Atau Kurikulum

Kaedah:

  1. Mengkaji kesesuaian kurikulum sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.
  2. Penggubalan kursus baru perlu mengikut keperluan industri semasa dan kebolehpasaran setelah tamat latihan.
  3. Semua kursus hendaklah dikaji dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum PERHEBAT (JPKP).

5.2  Pelaksanaan Kursus Khas

Kaedah:
a) Pelaksanaan kursus secara usahasama pintar (smart partnership).

  1. Program Berkembar.
  2. Program Khas Pelanggan (Customized).
  3. Program Secara Modular.
  4. Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL).
  5. Program lain yang dikenalpasti dari semasa ke semasa.

5.3 Modul Tambah Nilai

Kaedah :

  1. Jabatan Latihan dan Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Kompetensi (BPPK) akan mengenalpasti keperluan modul nilai tambah.
  2. Menyediakan modul nilai tambah kepada latihan yang dilaksanakan.

5.4 Latihan Dalam Industri

Kaedah :

  1. Kesesuaian tempat Latihan Industri ditentukan oleh PERHEBAT.
  2. Pemantauan oleh Bahagian Pengajian/Pendaftar/PERHEBAT Negeri.
  3.  Tertakluk kepada keperluan kursus.

5.5       Kursus Pra Latihan Peralihan

Kaedah :

  1. Kursus jangka pendek tidak melebihi 14 hari.
  2. Dilaksanakan di Kompleks PERHEBAT, Sabah dan Sarawak.
  3. Menggunakan tenaga pengajar dalaman.
  4. Jadual kursus disediakan oleh Bahagian Pendaftar.
  5. Penceramah ditentukan oleh Bahagian Pendaftar.

5.6       Kursus Pasca

Kaedah :

  1. Menyediakan peluang kursus kemahiran dan pembangunan modal insan bagi tujuan kepelbagaian, peningkatan dan tambah nilai dijalankan secara dalaman atau outsource.
  2. Kursus sepenuh masa, separuh masa atau secara modular.

5.7  Penjumudan Kursus

Kaedah:

a) Kursus boleh dijumud berdasarkan kepada kriteria di bawah dengan kelulusan melalui Mesyuarat JPKP :

  1. Kursus yang melibatkan kekangan kewangan dalam perubahan proses pentauliahan dan pengiktirafan atau melibatkan implikasi kewangan yang tinggi. Penilaian dari segi keupayaan program iaitu kemampuan PERHEBAT dalam aspek sumber manusia, infrastruktur, kewangan dan sebagainya
  2. Kursus yang kurang sesuai dan kurang berkesan dalam kerjaya kedua pelatih boleh dijumudkan setelah kajian kesesuaian dilaksanakan oleh BPPK.

b) Antara kriteria yang boleh dipertimbangkan ialah:

  • Nisbah permohonan kepada kuota/ unjuran
  • Peratusan pengambilan berbanding kuota yang rendah bagi tempoh minimum 6 pengambilan berturut-turut
  • Keperluan semakan kurikulum
  • Kadar Graduate Employability yang rendah
  • Unjuran potensi guna tenaga negara
  • Hasil dapatan maklumbalas pihak berkepentingan
  • Laporan akreditasi/ naziran
  • Pencapaian Hasil Pembelajaran

c) Arahan Pengurusan PERHEBAT

5.8 Nisbah Kumpulan Pelatih dan Pengajar

Kaedah:
a) Kursus Teknikal dan Vokasional

–  5 hingga 25 orang pelatih satu kelas

–  2 kumpulan : 3 orang pengajar

–  Berdasarkan infrastruktur dan badan pentauliahan

b) Kursus Bukan Teknikal

–  9 hingga 30 orang pelatih: satu kelas

– 2 kumpulan: 3 orang pengajar
– Tertakluk kepada prasarana dan keluasan kelas

5.9 Pensijilan

Kaedah:
– Sijil PERHEBAT dan sijil lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Dasar Latihan ini adalah sebagai panduan dalam pelaksanaan latihan yang sistematik. PERHEBAT yakin dan optimis dapat memberi latihan yang berkualiti tinggi serta komprehensif untuk memantapkan kompetensi dan sosioekonomi anggota dan veteran ATM.