No Events on The List at This Time
ILP
Institut Latihan Perindustrian (ILP)
- Jangka masa kursus adalah selama 15, 18 atau 24 bulan
- Pengambilan Januari dan Julai setiap tahun
- Bidang kursus seperti dalam tawaran yang dikeluarkan oleh ILP dengan mendaftar secara ’On Line’. Tarikh pendaftaran akan diiklankan oleh Kementerian Sumber Manusia dalam Akhbar.
- Kemasukan Julai, pendaftaran hendaklah dibuat pada bulan April dan bagi kemasukan bulan Januari, pendaftaran hendaklah dibuat pada bulan Oktober.
- Pengesahan pendaftaran perlu dicetak dan dimajukan kepada Bahagian Akademik, Ibu Pejabat PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh,Selangor.
- Tawaran kursus akan dikeluarkan oleh PERHEBAT setelah mendapat kelulusan Kementerian Sumber Manusia Putrajaya dua (2) bulan sebelum latihan peralihan bermula.
- Nyatakan secara bertulis, justifikasi mengapa memilih ILP untuk menjalani Latihan Peralihan kerana ianya melibatkan kos.
- Bagi kursus tempoh latihan selama 24 bulan, anggota perlu meneruskan tempoh latihan 6 bulan masa sendiri (luar daripada perkhidmatan) bagi memperolehi sijil dari pihak penyedia latihan.
Peringatan : Tempoh maksima Latihan Peralihan yang diluluskan oleh perkhidmatan adalah selama 18 bulan sahaja. Rujuk kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 5 Tahun 2005 (PMAT Bil.5 Tahun 2005).
PGM
Pusat GIATMARA (PGM)
- Senarai kursus seperti yang dikeluarkan oleh Pusat Latihan masing-masing. Borang permohonan boleh diperolehi daripada mana-mana PGM secara percuma dan majukan kepada Ibu Pejabat PERHEBAT untuk diselaraskan.
- Tarikh tutup permohonan bagi kemasukan Januari pada bulan September dan kemasukan Julai pada bulan Mac.
- Bagi anggota yang diterima masuk ke PGM, tawaran kursus akan dikeluarkan oleh Ibupejabat PERHEBAT setelah mendapat kelulusan dari Ibu Pejabat MARA KL.
IKM
Institut Kemahiran MARA (IKM)
- Jangka masa kursus adalah selama 18 bulan
- Pengambilan Januari dan Julai setiap tahun
- Iklan akan dikeluarkan oleh IKM diakhbar-akhbar tempatan
- Beli borang (sekarang RM6.00 perset) dicawangan IKM berdekatan atau ibupejabat IKM.
- Lengkapkan borang permohonan kursus dan dihantar ke PERHEBAT untuk tujuan penyelarasan.
- Borang perlu dihantar ke PERHEBAT sebelum tarikh tamat penghantaran permohonan kursus sepertimana yang diiklankan di akhbar-akhbar.
- Kelulusan minima ialah SPM.
- Tempat dan bidang latihan yang ditawarkan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Sumber Manusia.
- Bagi kursus tempoh latihan selama 24 bulan, anggota perlu meneruskan tempoh latihan 6 bulan masa sendiri (luar daripada perkhidmatan) bagi memperolehi sijil dari pihak penyedia latihan.
Peringatan : Tempoh maksima Latihan Peralihan yang diluluskan oleh perkhidmatan adalah selama 18 bulan sahaja. Rujuk kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 5 Tahun 2005 (PMAT Bil.5 Tahun 2005).
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Kompleks PERHEBAT,
Kem Sungai Buloh,
Peti Surat 65,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.
Tel: 6 03 - 6156 9412 | Fax: 6 03 - 6157 0075
Kompleks PERHEBAT,
Kem Sungai Buloh,
Peti Surat 65,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.
Tel: 6 03 - 6156 9412 | Fax: 6 03 - 6157 0075
Tarikh Kemaskini: 27 Mac 2024 pada 10:17:19
Total Visit : 215996 |
Penafian : PERHEBAT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.