PASCA LATIHAN PERALIHAN adalah latihan yang diberikan kepada personel bersara selepas menamatkan latihan peralihan untuk meningkatkan atau mempelbagaikan atau mendapat nilai tambah kepada pengetahuan/kemahiran sedia ada.

Personnel Bersara ATM boleh memohon mengikuti kursus pasca latihan dalam bidang yang dipilih di mana-mana penyedia latihan awam atau swasta yang diiktiraf. Kursus yang dipohon adalah samada untuk tujuan peningkatan kemahiran, tambah nilai kepada kemahiran yang ada atau tujuan kepelbagaian.

Permohonan bolehterus dibuat ke Ibu Pejaba PERHEBAT  atau PERHEBAT Negeri atau melalui JHEV atau PBTM.

Kelulusan adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan PERHEBAT.

Terdapat 3 mekanisma yang digunakan iaitu secara:

  1. Modular
  2. Tajaan
  3. Customised/Tailored

Modular

Personel bersara boleh mengikuti kursus Pasca Latihan Peralihan di Kompleks PERHEBAT secara modular mengikut keperluan individu, berdasarkan Latihan Peralihan yang sedang berjalan dengan merujuk kepada Jadual Latihan Kursus (JLK) yang disediakan oleh Bahagian/Pusat/ Seksyen. Personel bersara boleh mengikuti latihan ini secara modular untuk mempelbagaikan, menambah nilai atau meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sedia ada. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada kekosongan tempat pada satu-satu masa.

Tajaan

Personel bersara boleh mengikuti kursus Pasca Latihan Peralihan secara tajaan dengan mendapatkan maklumat kursus yang ditawarkan melalui kiosk, laman web atau brosur yang disediakan oleh PERHEBAT dari semasa ke semasa.

‘Customised’

Personel bersara boleh mengikuti kursus khas customised / tailored Pasca Latihan Peralihan atas permintaan secara berkumpulan, sekiranya kursus tersebut tidak dilaksanakan dalam waktu latihan biasa (tiada dalam jadual) dan boleh diuruskan pelaksanaannya pada hujung minggu .