Khamis, 24 April 2014 |
Terakhir kemaskini: Rabu, 26 Mac 2014
  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)

Kejayaan Pelatih PERHEBAT

PERHEBAT sedang mengemaskini maklumat kejayaan bekas pelatih. Harap maklum

Selanjutnya

Maju ke: Kejayaan Pelatih PERHEBAT

Peluang Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong di PERHEBAT 2014

Tiada kekosongan jawatan di PERHEBAT buat masa ini.

Selanjutnya

Maju ke: Peluang Kerjaya

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami melalui borang pertanyaan.

Maklumbalas Bekas Pelatih

PERHEBAT  mengalukan-ngalukan maklumbalas dari bekas pelatih mengenai kegiatan ekonomi setelah tamat berkursus di PERHEBAT . Klik di sini untuk menghantar maklumbalas.

Laman Utama Latihan Latihan Peralihan Pekeliling Kursus Pekeliling Tawaran Program Latihan Peralihan Dalam Bidang Penternakan Ruminan Dengan Kerjasama Aza Farms Sdn Bhd

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel

Pekeliling Tawaran Program Latihan Peralihan Dalam Bidang Penternakan Ruminan Dengan Kerjasama Aza Farms Sdn Bhd

Dengan segala hormatnya saya diarah untuk menarik perhatian YBhg Dato’/tuan/puan berkaitan dengan tawaran program latihan seperti yang dinyatakan diatas.

  1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa PERHEBAT dengan kerjasama AZA Farms Sdn Bhd (AZA Farms) telah/akan menganjurkan Program Latihan Peralihan dalam bidang Penternakan Ruminan. Latihan/Kursus ini adalah ditawarkan kepada semua bakal pesara dan pesara tentera yang memenuhi syarat kelayakan sebagaimana ditetapkan.
  2. LATIHAN PERALIHAN
    • Kelayakan - Tidak ditetapkan.
    • Pangkat - Semua peringkat.
    • Tempoh Latihan - 6 bulan.
    • Jumlah Peserta - 20 ke 25 orang peserta.
    • TTP - Mengikut yang diluluskan oleh Perkhidmatan.
    • Maklumat Latihan - Seperti di Kembaran A.
    • Pelaksanaan - Dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman dari AZA Farms serta Penceramah Jemputan dari Kementerian Pertanian & Asas Tani dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kursus terbahagi kepada sesi teori (kuliah), latihamal (praktikal) dan lawatan lapangan.
    • Bahasa Pengantar - Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
    • Persijilan - Dikeluarkan oleh AZA Farms dengan pengiktirafan dari Kementerian Pertanian & Asas Tani dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
    • Penginapan/sajian - Urusan sendiri atau di tempatkan di Kem Batu 3, KLUANG, Johor sepanjang tempoh latihan.
    • Unit Tumpangan - Pasukan/Unit Tentera di kawasan Kluang, (untuk bakal pesara) Johor.
    • Tempat Kursus :
      • Tempat Kuliah : No. 4, Jalan Kg Baru, Taman Perkasa, KLUANG, Johor.
      • Tempat Kursus Latihamal : AZA Farms Sdn Bhd, Lot 14739, Jalan Padang Tembak, KLUANG, Johor.
    • Pengangkutan - tidak disediakan/urusan sendiri.
    • Jadual Kursus - 4 siri untuk setiap tahun. Pengambilan akan dibuat pada bulan Jan, April, Julai dan Okt
    • Pembiayaan Kursus - PERHEBAT akan membiayai yuran kursus.
    • Cara Memohon - Permohonan hendaklah menggunakan Kembaran A kepada PMAT Bil 5/2005. Sebagai Pendaftaran sementara sebelum permohonan mendapat kelulusan Markas Perkhidmatan, Borang  PERHEBAT 26 hendaklah digunakan.
    • Tarikh Tutup Permohonan - Semua permohonan hendaklah dimajukan ke Bahagian Pendaftar dan tarikh akhir penerimaan permohonan adalah seperti berikut :
      • Pengambilan Jan - 20 Dis
      • Pengambilan April -12 Mar
      • Pengambilan Julai -16 Jul
      • Pengambilan Okt - 10 Sept
    • Taraf Kesihatan - FE dan diakui oleh Pegawai Perubatan Pasukan.
    • Syarat-Syarat Khas :
      • bakal peserta hendaklah menunjukkan bukti pemilikan tanah samada pemilikan sendiri, keluarga (dengan kebenaran bertulis), pajakan atau tanah Kerajaan (TOL), dan
      • menunjukkan bukti mempunyai sumber kewangan (modal) yang mencukupi untuk memulakan aktiviti penternakan.
      • surat permohonan tajaan dari pemohon
  3. Pertanyaan - Sebarang pertanyaan/keterangan lanjut berkenaan dengan program ini boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat PERHEBAT di talian talipon 0361569412 Samb 524/535/223/275 atau dengan menghubungi Pejabat PERHEBAT Cawangan Negeri, Pejabat JHEV Negeri yang berhampiran atau layari www.perhebat.net.my.

KEMBARAN A

 

MAKLUMAT TERPERINCI BERKAITAN DENGAN KURSUS LATIHAN PERALIHAN DALAM BIDANG PENTERNAKAN RUMINAN DENGAN KERJASAMA AZA FARMS SDN BHD

OBJEKTIF KURSUS

Untuk memberi kemahiran dan pengetahuan di dalam bidang penternakan ruminan agar dapat menjadi usahawan komersial yang berjaya. Ianya juga di yakini berupaya membentuk peserta agar lebih berdikari dalam menjalankan penternakan dan perniagaan  tani dengan lebih produktif serta berdaya saing. Selain daripada itu kursus ini juga akan memberi pendedahan kepada teknik-teknik pengurusan ternakan, pemakanan, pemasaran dan kawalan kesihatan ternakan melalui latihan secara professional.

 

METODOLOGI KURSUS

Pelaksanaan kursus merangkumi latihan teori (40%) dan latihamal (60%) selama 6 bulan. Sesi teori dijalankan di bilik kuliah sementara sesi latihamal (praktikal) akan dilaksanakan ladang milik AZA Farms.termasuk lawatan lapangan di beberapa ladang ternakan. Selain daripada itu peserta kursus akan juga di dedahkan dengan ceramahceramah motivasi, perbincangan dan membuat perancangan projek ternakan.

Kandungan kursus adalah meliputi perkara-perkara berikut :

  1. Teknologi Penternakan Lembu Pedaging :
    • Pengenalan baka lembu pedaging.
    • Kaedah dan penjagaan lembu pedaging.
    • Lokasi dan prasana ladang lembu pedaging.
    • Makanan tambahan lembu pedaging.
    • Pengeluaran dan hasilan.
    • Sistem integrasi ternakan.
  2. Teknologi Penternakan Lembu Tenusu :
    • Kaedah pemeliharaan lembu tenusu.
    • Perusahaan tenusu di Malaysia.
    • Program pembasmian kuman kandang & peralatan tenusu.
    • Pemakanan lembu tenusu.
    • Penyakit lazim lembu.
    • Kandang dan sistem pemerahan.
    • Higin dan keselamatan susu.
    • Penyelenggaraan mesin dan peralatan tenusu.
  3. Kawalan dan Pencegahan Penyakit :
    • Sistem penternakan cekap dan sistematik.
    • Mengenalpasti dan membasmi etiologi penyakit.
    • Peningkatan daya tahan penyakit.
    • Prinsip-prinsip rawatan secara sistematik.
    • Rawatan dan pencegahan.
    • Pembasmian dan kawalan kuman.
    • Pemeriksaan klinikal.
    • Sistem rekod rawatan.
    • Program kesihatan dan kawalan penyakit.
    • Asas pemakanan.
  4. Teknologi Penternakan Kambing :
    • Pengenalan baka kambing.
    • Keadah pemeliharaan dan penjagaan kambing.
    • Tabiat semulajadi dan pemakanan kambing.
    • Pengurusan pembiakan kambing.
    • Program kesihatan dan kawalan kambing.
    • Lokasi dan prasana ladang kambing.
  5. Pengurusan Makanan :
    • Prinsip dan asas pemakanan ternakan.
    • Kepentingan nutrient dalam makanan.
    • Kualiti pastura dan foraj.
    • Kaedah penyimpanan pastura.
    • Makanan tambahan.
    • Prinsip pemberian makanan.
    • Sisa buangan hasilan pertanian.
    • Pengiraan rumusan makanan.
    • Keracunan makanan.
  6. Ekonomi dan Kewangan :
    • Pengenalan perakaunan.
    • Prinsip kredit dan akaun.
    • Catatan jurnal dan lejer.
    • Proses imbangan duga.
    • Penyata kewangan.
    • Pengenalan kepada ekonomi mikro dan makro.
    • Konsep hasil dan kos.
    • Pemasaran ternakan.
    • Penyediaan Kertas Cadangan Projek

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tel: 6 03 - 6156 9412, Fax: 6 03 - 6157 0075

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Dasar Privasi     |     Penafian     |     Notis Hak Cipta