Sebarang pertanyaan sila email terus ke [email protected]

Soalan Lazim Umum

Sebagai sebuah agensi yang diwujudkan khusus oleh kerajaan, PERHEBAT telah diberi mandat dan tanggungjawab untuk membimbing dan melatih personel ATM yang akan bersara dan personel bersara supaya mereka mendapat kemahiran baru atau peningkatan kemahiran bagi menjalani corak penghidupan baru selepas perkhidmatan ATM.

Selain daripada mengenalpasti, merancang, melaksana dan menilai program – program latihan sediada dan baru, PERHEBAT juga menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan latihan dan kursus serta khidmat nasihat persaraan kepada pelanggan-pelangan PERHEBAT yang terdiri daripada personel ATM yang akan bersara dan personel bersara serta pihak pengurusan Latihan Peralihan di pasukan ATM.

Terdapat kekeliruan terutamanya dikalangan personel bersara di antara PERHEBAT dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM). PERHEBAT bukanlah sebuah persatuan atau badan bukan kerajaan seperti PBTM yang mempunyai borang permohonan keahlian dan memerlukan seseorang itu membayar yuran untuk menjadi ahli. PERHEBAT ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Akta Parlimen dimana semua anggota angkatan tetap ATM samada personel akan bersara maupun personel bersara secara automatik layak menggunakan kemudahan latihan yang disediakan.

Pengambilan kakitangan baru di PERHEBAT adalah berdasarkan kekosongan dan keperluan perjawatan. Sekiranya personel ATM bersara mempunyai kelayakan dan kepakaran selaras dengan kekosongan dan keperluan perjawatan di PERHEBAT mereka boleh memohon. Setiap keperluan tenaga kerja baru akan diiklankan di dalam akhbar arus perdana. Proses pemilihan calon adalah berdasarkan temuduga dan ujian kemahiran.

Soalan Lazim Berkaitan Kursus

Setiap tahun PERHEBAT akan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek yang tidak melebihi 2 minggu seperti Program Pra Latihan Peralihan Bersepadu, Industri Asas Tani dan Penternakan. Manakala kursus jangka panjang yang berjangkamasa diantara 3 bulan hingga 18 bulan adalah dalam bidang Binaan dan Kejuruteraan, Automotif, Elektrik dan Elektronik, Pengurusan Perniagaan, Pelancongan, Sajian, Perhotelan, Media dan ICT, serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Setiap tahun PERHEBAT akan menghantar Pekeliling Tawaran Kursus Anjuran PERHEBAT dan Prospektus Latihan PERHEBAT kepada Markas Perkhidmatan ATM, semua unit-unit ATM dan Bahagian PBTM seluruh Malaysia. Selain daripada itu, PERHEBAT juga akan menghantar risalah dan maklumat berkaitan kursus dan latihan anjuran PERHEBAT dari semasa ke semasa. Maklumat juga boleh diperolehi dengan melayari laman web PEREHBAT iaitu www.perhebat.net.my

Sebarang permohonan perlulah menggunakan Borang permohonan Kursus seperti berikut:

2.1. Program/kursus Pra Latihan Peralihan dan Pasca Latihan Peralihan menggunakan borang PERHEBAT 11 – Pindaan 6

2.2. Program/ kursus Latihan Peralihan menggunakan Borang KEMBARAN A Kepada PMAT Bil. 5 Tahun 2005

Pemohon juga boleh mendapatkan Borang PERHEBAT 11-pindaan 6 melalui Laman Web PERHEBAT di www.perhebat.net.my. Semua Borang yang telah lengkap perlu dihantar ke Kompleks PERHEBAT sebelum tarikh tutup permohonan

Buat masa sekarang PERHEBAT hanya menyediakan perkhidmatan permohonan secara online kepada personel bersara sahaja melalui laman web www.perhebat.net.my . Personel Akan Bersara perlu melalui saluran yang ditetapkan.

Permohonan menggunakan Borang Fotostat juga akan diterima selagi maklumat yang diisi adalah lengkap.

Jangka masa kursus bergantung kepada jenis kursus yang dipilih. Bagi program/kursus Pra Latihan Peralihan tempohnya adalah tidak melebihi 2 minggu dan jangka panjang adalah dalam linkungan 3 bulan hingga 18 bulan.

PERHEBAT sebenarnya diwujudkan untuk menyediakan ruang kepada personel ATM yang akan bersara dan yang telah bersara sahaja bagi memenuhi keperluan perancangan persaraan mereka.

Percuma untuk program/kursus Pra Latihan Peralihan dan Pasca Latihan Peralihan yang tidak melebihi 2 minggu. Bagi kursus berjangkamasa di antara 3 bulan hingga 6 bulan di kenakan yuran sebanyak RM30.00 seorang sahaja Manakala kursus melebihi 6 bulan dikenakan bayaran sebanyak RM52.00 sahaja. Kemudahan makan, minum dan tempat tinggal (bilik) sepanjang kursus disediakan percuma. Walau bagaimanapun peserta yang menginap akan dikenakan cagaran kerosakan/ kehilangan sebanyak RM 30.00.

PERHEBAT tidak menetapkan garis panduan keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan. Walau bagaimanapun personel bersara disediakan kouta 20% bagi setiap kursus yang disediakan. Personel Akan Bersara dan Personel Bersara amat digalakkan menggunakan kemudahan latihan yang disediakan oleh PERHEBAT bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan tahap sosio ekonomi keluarga.

PERHEBAT ditubuhkan dibawah Akta Parlimen yang menyatakan bahawa segala kemudahan yang disediakan oleh PERHEBAT hanyalah anggota angkatan tetap ATM yakni personel ATM Akan Bersara dan Personel Bersara sahaja. Lain – lain golongan tidak layak menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PERHEBAT.

Semua tenaga pengajar yang bertugas di PERHEBAT diwajibkan menjalani latihan ’Vocational Training Officer’ untuk melayakkan mereka untuk menjadi Pengajar ataupun Jurulatih di PERHEBAT. Selain dari itu mereka juga perlu memiliki sijil – sijil kemahiran yang bersesuaian dengan bidang yang diceburi. Jadi semua jurulatih ataupun Pengajar adalah warga PERHEBAT. Namun dalam keadaan-keadaan tertentu di mana PERHEBAT tidak mempunyai kepakaran, barulah perkhidmatan luar diperolehi.

Pengurusan PERHEBAT akur dan sedar bahawa PERHEBAT tidak mempunyai keupayaan untuk menyediakan atau memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai. PERHEBAT sentiasa menjalin kerjasama dengan premis latihan luar samada agensi kerajaan ataupun swasta dalam menyediakan peluang latihan bagi memenuhi keperluan pelanggan terutamanya bidang yang tidak dilaksanakan di PERHEBAT. Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum PERHEBAT serta Jawatankuasa Piawaian dan Pembangunan Latihan Peralihan di peringkat Markas ATM dari semasa ke semasa akan mengkaji keperluan latihan baru disamping menambahbaik program sediada.

Setiap tenaga Pengajar Luar perlulah mendapat skor penilaian Pelatih tidak kurang daripada 3.5 dalam kursus yang dikendalikan oleh beliau. Tenaga Pengajar yang memperolehi Skor dibawah daripada 3.5, tidak lagi diberi peluang untuk memberikan perkhidmatan di PERHEBAT.

Seperti di Universiti yang mempunyai pelbagai Falkulti mengikut bidang masing-masing, PERHEBAT juga mempunyai 7 Pusat yang akan mengendalikan kursus dan latihan mengikut bidang masing-masing. Program-program tersebut adalah

  1. Pusat Kejuruteraan Automotif;
  2. Pusat Binaan dan Kejuruteraan;
  3. Pusat Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  4. Pusat Media dan ICT;
  5. Pusat Pengurusan Pelancongan dan Perhotelan;
  6. Pusat Pengurusan Perkhidmatan Makanan & Sajian ;
  7. Pusat Pembangunan Keusahawanan.

Selain daripada itu, PERHEBAT juga dalam perancangan mewujudkan 4 Kampus Wilayah yang turut mengendalikan kursus-kursus untuk menampung keperluan permintaan di kawasan sekitar. Kampus-kampus berkenaan adalah Wilayah Selatan, Wilayah Utara, Wilayah Timur dan Wilayah Sarawak/Sabah.