Perintah LTAT (Pindaan 2005)  telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT seperti berikut:

  1. Menjalan dan menguruskan apa-apa bentuk aktiviti yang berhubungan dengan program-program latihan bagi personel bersara dan personel akan bersara.
  2. Mengadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi pelaksanaan program latihan.

Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 5 Tahun 2005 telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT seperti berikut:

  1. Menganjurkan program promosi dan khidmat nasihat bersama Markas Perkhidmatan, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Pegawai Memerintah Pasukan/Unit.
  2. Memproses dan menyokong semua permohonan yang diterima daripada Markas Perkhidmatan dan dikembalikan untuk kelulusan.
  3. Mengendali dan mengurus semua aktiviti dan program Latihan Peralihan yang dilulus oleh JPPLP termasuk pembiayaan.
  4. Mengatur dan mengawal selia pelaksanaan Latihan Peralihan di Kompleks PERHEBAT atau di institusi latihan di luar PERHEBAT.
  5. Menentu pelaksanaan Latihan Peralihan mematuhi piawaian Jawatankuasa Penilaian dan Piawaian Latihan Peralihan serta selari dengan Konsep Latihan Kemahiran ATM.
  6. Menyedia laporan prestasi anggota kepada Markas Perkhidmatan.
  7. Menyedia statistik dan pangkalan data yang bersesuaian untuk pembangunan serta perancangan strategik Latihan Peralihan.